Isnin, 14 Disember 2015

sambungan....

"SAH"
          Setelah mendengar lafaz itu, serentak Arisya memejamkan matanya dalam perasaan yang kacau-bilau. Hatinya kosong. Kosong! Kenapa? Kenapa semua ini berlaku? Kenapa mesti dia?!
          Arisya menggenggam erat tangannya apabila kedengaran langkah lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya itu melangkah mendekatinya. Arisya hanya menundukkan wajahnya apabila lelaki itu melabuhkan duduk di hadapannya.
          Tengku Syazril Arfan mengangkat dagu isterinya itu dengan jari telunjuknya. Terserlah wajah ayu isterinya yang dimekap nipis tapi tetap memukau.
          Tengku Syazril Arfan menyambut cincin yang dihulur kepadanya lalu mengambil tangan Arisya dan menyarungkan cincin berlian bertatah permata berwarna hijau turqoise itu ke jari runcing milik Arisya. Memang sepadan. Dia hanya diam apabila Arisya menyalaminya. Tengku Syazril Arfan memegang ubun-ubun isterinya sambil membisikkan sesuatu.
          Selesai upacara pembatalan air sembahyang, Tengku Syazril Arfan sibuk melayan tetamu-tetamu yang hadir ke majlis pernikahannya. Isterinya pula sudah hilang entah ke mana. Dia tahu yang Arisya tidak dapat menerima pernikahan ini. Tapi isterinya itu hanya akur akan arahan mamanya. Tengku Syazril Arfan melangkah menghampiri isterinya apabila dia melihat isterinya itu sedang berbual-bual dengan kawan-kawan baiknya sejak kecil lagi. Dia segera memaut pinggang ramping Arisya tanpa menghiraukan wajah Arisya yang terkejut dengan tindakannya.
          Along, Syaha dan Oppie hanya beriak biasa. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Arisya sudah pun menjadi milik Tengku Syazril Arfan. Mereka hanya melihat kelakuan Tengku Syazril Arfan yang memeluk erat pinggang Arisya.
          "Lepas!!" Arisya bersuara tegas. Dia tidak mahu mengundang perhatian tetamu yang hadir ke majlis itu. Tengku Syazril Arfan memang melampau! Detik hati Arisya. Dia mengetap bibir.
          "Kenapa pulak? Sayang kan dah jadi milik abang." Tengku Syazril Arfan berbisik rapat di telinga Arisya yang ditutupi selendang berwarna putih. Isterinya memang cantik apabila menutup rambutnya itu.
          "Saya cakap lepas! Lepas! Awak jangan nak berpura-pura depan saya! Jangan nak ambik kesempatan." Arisya berusaha meleraikan pelukan tangan Tengku Syazril Arfan yang erat di pinggangnya. Malu sungguh dia dengan Along, Syaha dan Oppie
           "Abang tak pernah pura-pura. Kenapa? Kenapa awak cakap saya ambik kesempatan? Awak dengan saya tu siapa? Hmm??" Tengku Syazril Arfan makin mengeratkan pelukannya tanpa menghiraukan pandangan kawan-kawan isterinya itu.
          Arisya terdiam. Dia tidak menjawab. Arisya terpaksa membiarkan tangan Tengku Syazril Arfan di pinggangnya walaupun dia rimas diperlakukan sebegitu di khalayak ramai terutama di hadapan kawan-kawannya.
         "Sorry guys. Saya terpaksa culik kawan awak ni. Tetamu banyak tu. Buat lah apa yang korang nak ye?" Tengku Syazril Arfan segera menarik tangan Arisya menuju ke himpunan kawan-kawannya yang sudah berkumpul. Dia memperkenalkan Arisya kepada mereka walaupun kawan-kawannya itu sudah lama mengenali Arisya.
          Arisya pula pura-pura senyum. Tak guna punya cicak kubeng! Arghhh!






Arisya tersedar apabila kedengaran pintu biliknya dibuka. Dia tidak sedar bila dia terlelap. Dia masih mengenakan selendang dan gaun nikahnya. Baru dia teringat yang dia belum menunaikan sembahyang isyak. Arisya bangkit dari pembaringannya. Dia hanya mengerling sekilas Tengku Syazril Arfan yang sedang duduk di sofa panjang itu. Arisya bergerak ke almari sebelum menyambar pakaiannya lalu menghilang di sebalik pintu bilik air.
          Arisya membuka pintu bilik air apabila dia sudah selesai membersihkan diri. Dia masih lagi memakai tudung. Dia tidak akan sesekali menunjukkan rambutnya itu kepada Tengku Syazril Arfan walaupun lelaki itu halal untuk melihatnya. Dia masih tidak dapat menerima lelaki itu sebagai suaminya. Hatinya sakit. Sakit kerana terpaksa mengkhianti janjinya sendiri.
          Arisya terjerit kecil. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat suaminya itu tiba-tiba terpacul di hadapan pintu. Lelaki itu merenungnya tajam. Arisya gugup.
          "Emm.. Err.. Tepilah," ucap Arisya gugup. Dia tidak berani merempuh lelaki itu.
          Tengku Syazril Arfan diam. Dia masih merenung wajah segar isterinya. Kulit putih kemerah-merahan isterinya itu memang memukau pandangannya. Tengku Syazril Arfan masih menghalang laluan Arisya dengan tubuh tegapnya.
          "Ni apehal ni? Nak cari gaduh ke??" Arisya sudah mula berang. Kenapa mesti dia takut dengan lelaki itu. Lelaki yang menghancurkan kebahagiaannnya. Arisya menjeling Tengku Syazril Arfan.
          "Kalau abang nak cari gaduh, Isya nak buat apa?" Tengku Syazril mendekatkan jaraknya antara Arisya. Dia tersenyum melihat isterinya itu mengundur.
          "Jangan main-main boleh tak? Saya ada wuduk ni. Tolong tepi sikit Encik Tengku Syazril Arfan Tengku Muiz!" kuat suara Arisya menahan geram.
          Tengku Syazril Arfan tidak mengendahkan kemarahan isterinya itu sebaliknya dia makin bergerak menghampiri Arisya sehingga jarak mereka betul-betul rapat apabila badan Arisya terhalang dengan dinding.
          "Baik awak jauhkan diri awak. Kalau tak, saya.."
          "Saya apa? hmm.." Tengku Syazril Arfan merenung mata bundar isterinya. Isterinya memang cantik tanpa mengenakan sebarang mekap.
           "Saya... saya panggil papa saya. Pa.. " kata-kata Arisya terhenti di situ. Serentak dia menolak kuat badan Tengku Syazril Arfan sehingga lelaki itu tertolak ke belakang. Arisya segera keluar dari bilik air sebelum dia keluar dari bilik dan menghempas pintu dengan kuat. Kisah silam silih-berganti berputar kembali di mindanya. Papa.... hati Arisya merintih.
          Tengku Syaril Arfan terkejut. Dia memegang dadanya yang terasa senak. Seakan-akan tahu akan perasaan isterinya itu yang terluka. Maafkan abang sayang.. Tengku Syazril Arfan tahu yang Arisya begitu merindui papanya yang telah lama meninggalkannya. Disebabkan dia sendiri. Tengku Syazril Arfan menghela nafas seketika sebelum dia membersihkan dirinya dan menunaikan solat isyak.


TENGKU Syazril Arfan berpaling apabila pintu bilik terbuka. Tersembul wajah muram isterinya. Dia terasa bersalah. Tengku Syazril Arfan menghampiri isterinya.
          "One step closer, you are a dead meat." 
          Langkah Tengku Syazril Arfan serta merta terhenti mendengar kata-kata isterinya itu. Dia merenung isterinya yang bergerak menuju ke katil dan merembahkan tubuhnya di situ. Tengku Syazril Arfan mengeluh. Isterinya masih marah. Dia terasa seperti ingin memeluk kuat-kuat isterinya tapi dia tahu, tindakan itu akan membangkitkan lagi kemarahan isterinya.
          Tengku Syazril Arfan menutup lampu utama dan memasang lampu tidur di kepala katil sebelum dia mengambil sebiji bantal dan merebahkan tubuh tegapnya di sofa panjang. Tidak mungkin dia akan tidur sekatil dengan Arisya. Isterinya itu telah memberi amaran awal-awal lagi. Lagipun dia tahu Arisya memerlukan masa untuk bersendirian. Tengku Syazril Arfan memejamkan matanya dan dia terlelap.





ARISYA ralit menyapu butter jam di roti tanpa menghiraukan suasana di meja makan pagi itu. Dia hanya membuat kerjanya tanpa mempedulikan orang lain yang berbual. Memang begini perangainya sejak bertahun-tahun dahulu.
          "Aril. Jom makan." Datin Ariana mengajak menantunya itu yang baru turun supaya menyertai mereka yang sedang bersarapan.
          Tengku Syazril Arfan hanya menggangguk dan mengambil tempat di tepi Arisya yang hanya mendiamkan diri. Isterinya itu sedang sedap makan tanpa menghiraukan orang lain yanv berbual. Tengku Syazril Arfan menggeleng. Ini tidak boleh jadi. Dia takkan benarkan Arisya berada di dunianya sendiri. Dia tahu Arisya sudah banyak terluka dengan sikap orang di sekelilingnya tapi dia harus mengembalikan diri isterinya itu semula.
          "Sayang..." sengaja Tengku Syazril Arfan meleretkan suaranya untuk menarik perhatian isterinya tapi isteriny itu hanya membuay bodoh dan meneruskan suapannya ke mulut. Tengku Syazril Arfan mengetap bibir.
          "Sayang.. Abang nak makan macam yang sayang makan tu."
          Suapan Arisya terhenti. Dia memandang suaminya. Arisya mengerutkan keningnya. Cicak kubeng ni apehal? Macam takde tangan nak ambik sendiri. Arisya masih tidak mempedulikan suaminya.
          "Kamu tak dengar ke suami kamu nak makan tu Ari?" suara Datin Ariana menegur Arisya memaksa Arisya mengangkat wajahnya. Sepupu-sepupunya turut sama memandangnya.
          "Ehh, takpelah mama. Arisya ni sengaja buat macam tu. Dia nak kongsi dengan Aril lah tu." Tengku Syazril Arfan segera mengambil roti yang sudah dimakan separuh oleh Arisya dan mengigitnya.
          Arisya terkejut. Dia ingin membantah tapi melihat sepupu-sepupunya sedang memerhatikannya dia hanya membiarkan. Arisya mencapai air kopinya sebelum dia meminta diri naik ke bilik. Tengku Syazril Arfan selalu menyakitkan hatinya!